Video of the month : ISMFOF - things that rhyme with orange

Musiqa De Amour


Friday, May 7, 2010

Bandi Amuk Mengamuk

BANDI AMUK MENGAMUK




Pada 1 Mei yang lepas merupakan Hari Buruh dan merupakan cuti umum bagi para buruh kasar dan buruh lembut sekalian. Sebagai salah seorang yang tergolong dalam kelompok buruh hensem, aku, Abajib, Pakde, Abangkos dan Tok Alep mengambil peluang keemasan ini untuk melepak bersama. Pakde, yang paling hensem di antara kami berlima dengan murah hatinya telah membelanja kami untuk pergi ke konsert Bandi Amuk di Laguna Park, iaitu di restoran Selera Nelayan.

Kami bertolak dari rumah lebih kurang pada pukul 8:30 malam, dengan menaiki kereta Toyota Avanza kepunyaan Pakde yang hensem. Dalam perjalanan kami berborak dengan bahagianya diiringi gelak ketawa yang gila ibarat sudah dirasuk jin seperti dalam cerita "Jangan Pandang Belakang". Di samping itu, ada juga bibit seram diselitkan kerana sepanjang perjalanan, Pakde ada lalu di kawasan yang sunyi dan gelap. Abangkos sungguh takut lalu mengeluarkan bunyi dan bau-bau yang pelik semasa di dalam kereta. Aku dan Abajib saling berpandangan. Kami gelak beramai-ramai. Suasana kembali tenang dan ceria.

Akhirnya kami tiba di lokasi sekitar jam 9:30 malam. Tiba saja di destinasi, kami duduk di meja yang berhampiran dengan pentas. Amuk naik ke pentas dan mula menyanyikan beberapa lagu. Antaranya lagu Untukmu Sayang, Aduh Tsumawi, Itu Janji dan banyak lagi. Kami berpuas hati kerana dapat menonton persembahan Bandi Amuk yang sungguh bertenaga di samping kelantangan vokal nya yang mantap. "tak dapat pergi konsert Double Trouble kumpulan Search dan Wings, konsert Bandi Amuk pon jadilahh.." keluh aku dalam hati.

Bandi Amuk menyanyikan lagu Aku Mahu Pulang sebagai lagu terakhir di konsert tersebut. Penonton nyanyi bersama. Walaupun aku tidak hafal lirik, aku terus juga berusaha untuk turut nyanyi bersama-sama penonton yang lain. "Dimana kemahuan, di situ ada jalan" itu lah prinsip yang ku pegang ketika waktu itu.

Habis sahaja persembahan, sesi bergambar pula diadakan. Peminat semua berkerumun untuk tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Bandi Amuk. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat di ambil ketika konsert berlangsung :-







Selesai sesi bergambar, kami pun pulang dengan perasaan yang gembira. Kami berharap dapat meluangkan masa bersama-sama lagi seperti ini di masa hadapan. Sekian.

No comments:

Post a Comment