Video of the month : ISMFOF - things that rhyme with orange

Musiqa De Amour


Friday, May 7, 2010

Topeng vs Bandi





Minggu lepas, sedang aku asyik bermain Formspring iaitu laman sesawang yang membolehkan orang menanyakan soalan-soalan yang merepek kepada aku. Suatu hari, ada seorang cik adik manis ni bertanya kepada aku dengan soalan yang agak-kurang-merepek. Soalan yang menyebabkan aku berfikir secara kreatif dan kritis. Soalannya berbunyi "nyatakan sebab sebab bandi amuk bertopeng. saya betul2 musykil dan tertanya tanya" - Cik Adik Manis

Wahh sungguh manis sekali soalan anda! hmm aku juga musykil super ye adik-adik. Mungkinkah di sebalik topeng tu ada udang umpama pepatah ada udang di sebalik mee? Tetapi tak mungkin Bandi Amuk menyimpan udang di sebalik topengnya itu. Oleh itu aku mengemukakan beberapa teori mengenai mengapa bandi amuk bertopeng:-



1. KULIT SENSITIF
Sebagai artis, Bandi perlu menjaga kulit mukanya agar sentiasa kelihatan berseri-seri di majlis persandingan. (Ehh?) jadi sebagai langkah berjaga-jaga, beliau mengambil keputusan untuk memakai topeng demi menjaga keayuan kulit mukanya agar kekal kelihatan jambu. Menurut doktor pakar sakit puan dr Laos, Dr.Krishnan pula berpendapat penjagaan kulit muka harus dididik sejak kecil lagi iaitu ketika kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun selaras dgn seruan kerajaan Laos.



2. LARI DARI ALONG
Along di sini bukanlah anak pertama dari 5 org adik beradik, mahupun Along Raja Lawak musim yang ke-2. Along di sini merujuk kepada lintah darat. Lintah darat pula bukanlah sejenis haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea dan berkebolehan untuk menghisap darah. Lintah darat di sini merujuk kepada peribahasa yang bermaksud peniaga/orang yang mengambil keuntungan yg terlalu tinggi dari orang lain. Oleh hal yang demikian, untuk mengelak daripada dikesan oleh kuncu-kuncu Along, Bandi Amuk mengambil keputusan untuk memakai topeng selain dapat mengelirukan pihak lawan.



3. JERAWAT DAN JERAGAT
Manakala faktor jerawat pula lebih releven dan mudah diterima pakai oleh orang ramai. dengan memakai topeng, Bandi berjaya meng-cover mukanya yg dipenuhi jerawat batu yangg rata-ratanya bersaiz kacang. Jerawat ini dipercayai kekal dan tidak boleh dibasmi dr wajahnya walaupun dgn menggunakan pencuci muka yg telah dicampur dgn Vanish Power O2.


4 comments:

  1. haha caylah entry. so, teori mane yg plg tepat dan benar?

    ReplyDelete
  2. haha spt yg aku tulis, berkemungkinan besar teori yg ketiga (jerawat dan jeragat) tu agak relevan dan boleh diterima pakai. yg lagi dua tuh kire mcm merepek ah. (padahal semua merepek)

    ReplyDelete
  3. pada pendapat aku, yang kedua lebih logikal dan tepat. oi super, mane kau dpt gamba ke3? hilang selera makan aku. T______T

    ReplyDelete
  4. Amikkau... Bandi Amuk kulit sensitif... Tapi lu jangan terkejut kalau Eman Manan jadi duta Sendayu Tinggi... lu tengok muka Eman Manan macam mana... kalau kena cahaya lilin dah jadi macam lampu jalan dah...

    ReplyDelete